Monday 28 March 2011

Kemenangan PRK Kuala Terengganu jadi motivasi

Harakahdaily   
IPOH, 28 Mac: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berharap anak-anak Terengganu di perantauan supaya bersama-sama berusaha memenangkan PAS terutamanya di negeri itu.  Katanya, mereka hendaklah menjadikan semangat memenangkan PAS di dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2009 sebagai motivasi untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau menyatakan demikian pada program hi-tea bersama beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu anjuran Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (Perantau) Perak di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden dan Setiausaha Perantau Pusat, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Suhaimi Embong.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku selaku tetamu jemputan.

Program itu mendapat sambutan di luar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran kira-kira 200 orang.

Menurut pengarah program, Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak itu membuktikan sokongan anak-anak Terengganu masih lagi teguh dan bersetuju dengan slogan PAS Ganti Umno yang digerakkan oleh PAS negeri.

Katanya, rata-rata hadirin juga yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu untuk menggantikan Umno BN sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat.

Dr Kamarulzaman Yusof pula dalam ucapan penutupnya memberikan gambaran bagaimana kuasa rakyat dengan menggunakan media baru seperti facebook, twitter dan sebagainya boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan di Asia Barat  seperti Mesir dan Tunisia walaupun telah berkuasa selama 30 tahun.

Saturday 26 March 2011

Sambutan Hi-Tea Anak Terengganu diluar jangkaan..


Sesi Bergambar bersama Yb kesayangan..
Ipoh: Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak telah berjaya menganjurkan Hi-Tea bersama Timbalan Pesuruh Jaya PAS Terengganu Yb Abdul Wahid bin Endut (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Turut hadir memeriahkan majlis Presiden Perantau Pusat, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Setiausaha Perantau Pusat, Saudara Suhaimi Embong.

Program Hi-Tea ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran seramai kira-kira 200 orang. Menurut Pengarah Program, Saudara Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak ini membuktikan sokongan Anak Terengganu masih lagi teguh bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini selaras dengan Slogan PAS ganti Umno yang dilancarkan oleh PAS Pusat dan rata-rata hadirin yakin PAS mampu untuk menggantikan Umno sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku tuan rumah.

Para Hadirin mengiri borang pendaftaran




Yb Abdul Wahid Bin Endut
Hadirin Memberi tumpuan ketika Yb berucap..

barisan kepimpinan PAS dan PERANTAU..

Pelbagai jenis hidangan..

hidangan VVIP..



Hi-Tea Anak Terengganu di Perak bersama Yb Abdul Wahid Endut

Pakat mari ramai-ramai weyhhhhh...