Monday 11 July 2011

GEMPAR!!! ROSMAH MANSUR Beli Cincin RM 24 JUTA!!!

cincin rosmah - RM20 juta atau RM60 juta?





sumber asal : chegubard
kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!

bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'. nah amik!

RM ke USD? gua nampak USD pada gambar ke-4 di atas. tak jumpa pun RM. maaf la kalau tersilap.

program permata dia dapat RM111 juta kan?

nama cincin

tarikh dan masa register, approved, dan released. kalau tak silap la

cari punya cari, eh kebetulan pulak april 2011 memang najib ada pergi amerika dengan rosmoh

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

Sumber : bernamatopix, umnoselangor (saja gua bagi banyak sumber, nampak real sikit)


memang ada blog dah share gambar cincinnya, tapi gua tak puas hati selagi tak jumpa sendiri. last last jumpa. macam ni la kot rupa cincinnya

sumber : forbes

petikan menarik dari website tersebut..
Included in this jewelry display were three fancy colored diamond rings ranging in price from $10 million to $20 million. The folks at Jacob & Co. were kind enough to give me images of these statement rings so I can share them with you.

hah nampak? USD 10 juta hingga 20 juta. mestila rosmoh nak yang terbaik ye dak? jadi, lu orang buat la kira kira matematik sendiri.

notasemut : amacam? lepas ni setiap kali najib cerita pasal rakyat didahulukan, setiap kali dia bukak mulut pasal nak bantu rakyat yang hidup susah, lu orang perhatikan muka dia betul betul. lepas tu terpulang la nak maki atau nak tadah tangan bersyukur. kah kah kah!



*sila kongsi. tak payah susah susah mintak izin gua. jangan ingat pihak umno je ada silent majority!

Wednesday 22 June 2011

Tinjauan Star Online: 99% responden sokong Himpunan Bersih diteruskan

Tinjauan Star Online: 99 peratus responden sokong Bersih diteruskan

KUALA LUMPUR: Bancian portal dalam talian The Star Online mendapati  99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0  pada 9 Julai diteruskan.
Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari tadi.
Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini,  yang dirakam dari google cache.
Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.
Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.
Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan  sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.
Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15609

Wednesday 15 June 2011

UMNO Jahil.. Tulisan jawi Islam Hadhari..



Semenjak UMNO mengambil alih semula kerajaan di Terengganu, banyak usaha-usaha agama dan syiar(Islam) telah dilakukan bagi menandingi hati rakyat.terutama dalam hal ehwal agama islam ,isu disini ialah mengenai Singboard ,yang dipasang dijalan raya di negeri Terengganu . Di atas ada dua perbezaan singboard yang dipasang di jalan raya dan yang berwarna hijau dipasang semasa era pemerentahan Pas dan yang berwarna biru di pasang di bawah pemerentahan umno .Tetapi yang berwarna biru itu sekali pandang memang tak ada cacat celanya.Tetapi bila anda pandang betul betul memang ada kesilapan dari segi makna. Walaupun nampak remeh tapi kesilapan bergini sepatutnya tak berlaku.

Ini papan tanda zaman PAS( bawah)





dan ini pula zaman UMNO (bawah)



Perhati betul-betul perbezaannya, sudah pasti anda tahu bahawa terlalu jahil UMNO ini. Terlalu bodoh agamanya!! Inilah mungkin Islam Hadhari!

Tahniah Terengganu Juara Piala FA 2011 [ Terengganu 2 - Kelantan 1 ]

banner_juara_fa

Bukit Jalil. 11hb Jun 2011. Terengganu membuat "comeback" paling bergaya dalam sejarah Piala FA  apabila menidakkan hasrat Kelantan untuk merangkul piala rebutan tersebut ketika perlawanan berbaki beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan dengan gol penyamaan sebelum Nordin Alias melengkapkan malam penuh bermakna skuad Penyu dengan tendangan leret cantik pada masa tambahan untuk keputusan 2-1.

Turun dengan penuh semangat serta mendapat tonik tambahan melalui penampilan Ashaari dan Zubir, biarpun agak kurang daripada segi jumlah penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, namun Skuad Penyu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga melalui gerakan2 awal biarpun agak perlahan mendapat tempo termasuk Kelantan. Abdul Hadi boleh mencipta nama sebagai penjaring gol namun dia agak sedikit terlambat untuk mengejar bola lencongan Ashaari dan suslan Joseph pula tidak berjaya apabila Khairul Fahmi sempat menyepak keluar bola. Peluang terbaik hadir sekali lagi apabila Manaf yang berada dalam kedudukan offside membiarkan bola melalui celah kakinya dan membuatkan pertahanan Kelantan terpedaya namun rembatan kencang Abdul Hadi berjaya ditepis Khairul Fahmi. Giliran Ashaari selepas itu sepatutnya berjaya "tap" bola lambungan tinggi Joseph daripada sebelah kiri dan sekali lagi memerangkap pertahanan Kijang dan Khairul Fahmi tetapi sentuhan Ashaari tersasar. Sharbinee pula mengotakan janjinya apabila beraksi cemerlang menepis rembatan jarak dekat Mat Yo.
Babak kedua dan kedua pasukan saling mengasak biarpun segelintir penyokong Kelantan bertindak diluar semangat kesukanan apabila acap kali menghala tembakan laser ke muka Sharbinee terutamanya. Lebih malang lagi apabila tembakan tersebut juga datang berdekatan tempat duduk VVIP dan pihak GanuSoccer terlambat sedikit untuk menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Perlawanan juag terhenti seketika apabila lontaran "flare" jatuh berhampiran kawasan Sharbinee namun para pemain Terengganu membuat bodoh sahaja dengan segala propaganda tambahan penyokong Kelantan tersebut. Episod malang Terengganu berulang lagi apabila hantaran Helmi tersekat dan disambut Shakir dengan cantik membuat hantaran di belakang pertahanan Terengganu yang disambut Nurul yang begitu tenang menyungkit melepasi Sharbinee. Ketika Piala FA hampir pasti akan bertandang ke bumi Cik Siti Wan Kembang buat kali pertama namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain Terengganu berhasil apabila Daudsu yang tertanduk masuk ke gawang sendiri selepas rembatan Manaf ditepis oleh Khairul pada saat wisel penamat bakal dibunyikan.
Gol tersebut memaksa perlawanan dalam masa tambahan dimana penyokong Terengganu mulai menguasai Stadium ketika penyokong lawan masih tergaman dan terdiam akibat gol penyamaan yang tidak diduga. Terengganu bermain lebih cantik dan bijak dimana serangan bertubi2 hampir membuahkan gol ketika cubaan Zharif sedikit tinggi atas palang. Ashaari yang berulang kali memperdayakan pertahanan Kelantan namun tendangannya masih sempat ditepis Khairul. Hasil sepakan sudut terus ke Reshafiq yang melorong kepada Nordin yang dengan cantik meledak melepasi Khairul Fahmi. Manaf selepas itu hampir mencipta nama sebagai penjaring ketika pemain Kelantan dilihat agak tenggelam permainan mereka apabila memperdaya 2 pertahanan lawan namun sepakannya diselamatkan Khairul. Wisel penamat yang dibunyikan memastikan Piala FA pulang kembali ke bumi Terengganu selepas 11 tahun apabila skuad Penyu muncul juara pada tahun 2000 di Batu Kawan.

  JANGAN KECEWA LAGI. TERUSKAN BERJUANG KAMI BERSAMAM!!


Kartun Utusan Hina Islam, PUM Mahu Pelukis & Penerbit Didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,”
katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu,"
katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. -mk


sumber: http://greenboc.blogspot.com/2011/06/kartun-utusan-hina-islam-pum-mahu.html