Wednesday 15 June 2011

Tahniah Terengganu Juara Piala FA 2011 [ Terengganu 2 - Kelantan 1 ]

banner_juara_fa

Bukit Jalil. 11hb Jun 2011. Terengganu membuat "comeback" paling bergaya dalam sejarah Piala FA  apabila menidakkan hasrat Kelantan untuk merangkul piala rebutan tersebut ketika perlawanan berbaki beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan dengan gol penyamaan sebelum Nordin Alias melengkapkan malam penuh bermakna skuad Penyu dengan tendangan leret cantik pada masa tambahan untuk keputusan 2-1.

Turun dengan penuh semangat serta mendapat tonik tambahan melalui penampilan Ashaari dan Zubir, biarpun agak kurang daripada segi jumlah penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, namun Skuad Penyu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga melalui gerakan2 awal biarpun agak perlahan mendapat tempo termasuk Kelantan. Abdul Hadi boleh mencipta nama sebagai penjaring gol namun dia agak sedikit terlambat untuk mengejar bola lencongan Ashaari dan suslan Joseph pula tidak berjaya apabila Khairul Fahmi sempat menyepak keluar bola. Peluang terbaik hadir sekali lagi apabila Manaf yang berada dalam kedudukan offside membiarkan bola melalui celah kakinya dan membuatkan pertahanan Kelantan terpedaya namun rembatan kencang Abdul Hadi berjaya ditepis Khairul Fahmi. Giliran Ashaari selepas itu sepatutnya berjaya "tap" bola lambungan tinggi Joseph daripada sebelah kiri dan sekali lagi memerangkap pertahanan Kijang dan Khairul Fahmi tetapi sentuhan Ashaari tersasar. Sharbinee pula mengotakan janjinya apabila beraksi cemerlang menepis rembatan jarak dekat Mat Yo.
Babak kedua dan kedua pasukan saling mengasak biarpun segelintir penyokong Kelantan bertindak diluar semangat kesukanan apabila acap kali menghala tembakan laser ke muka Sharbinee terutamanya. Lebih malang lagi apabila tembakan tersebut juga datang berdekatan tempat duduk VVIP dan pihak GanuSoccer terlambat sedikit untuk menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Perlawanan juag terhenti seketika apabila lontaran "flare" jatuh berhampiran kawasan Sharbinee namun para pemain Terengganu membuat bodoh sahaja dengan segala propaganda tambahan penyokong Kelantan tersebut. Episod malang Terengganu berulang lagi apabila hantaran Helmi tersekat dan disambut Shakir dengan cantik membuat hantaran di belakang pertahanan Terengganu yang disambut Nurul yang begitu tenang menyungkit melepasi Sharbinee. Ketika Piala FA hampir pasti akan bertandang ke bumi Cik Siti Wan Kembang buat kali pertama namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain Terengganu berhasil apabila Daudsu yang tertanduk masuk ke gawang sendiri selepas rembatan Manaf ditepis oleh Khairul pada saat wisel penamat bakal dibunyikan.
Gol tersebut memaksa perlawanan dalam masa tambahan dimana penyokong Terengganu mulai menguasai Stadium ketika penyokong lawan masih tergaman dan terdiam akibat gol penyamaan yang tidak diduga. Terengganu bermain lebih cantik dan bijak dimana serangan bertubi2 hampir membuahkan gol ketika cubaan Zharif sedikit tinggi atas palang. Ashaari yang berulang kali memperdayakan pertahanan Kelantan namun tendangannya masih sempat ditepis Khairul. Hasil sepakan sudut terus ke Reshafiq yang melorong kepada Nordin yang dengan cantik meledak melepasi Khairul Fahmi. Manaf selepas itu hampir mencipta nama sebagai penjaring ketika pemain Kelantan dilihat agak tenggelam permainan mereka apabila memperdaya 2 pertahanan lawan namun sepakannya diselamatkan Khairul. Wisel penamat yang dibunyikan memastikan Piala FA pulang kembali ke bumi Terengganu selepas 11 tahun apabila skuad Penyu muncul juara pada tahun 2000 di Batu Kawan.

  JANGAN KECEWA LAGI. TERUSKAN BERJUANG KAMI BERSAMAM!!


No comments:

Post a Comment